Tuesday, December 23, 2008

MBJ Bil 2/2008

From: Ahmad Esa
Sent: 17 Disember 2008 16:37
To: Jamaludin Jantan; Mohd Hafiz IbrahimCc: Amirrudin Abu; Ahmad Junaidy Yahaya; Bahruddin Sulaiman; Mohmed Razip Hassan; Mohd Azizul Arif Yahaya; Azmy Abdul Mutalib
Subject: Mesyuarat Bersama Jabatan Bil 2/2008


YDP Kesatuan Pekerja LPPM
(u.p: Encik Mohd Hafiz Ibrahim)

Tuan

MESYUARAT BERSAMA JABATAN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan keputusan dari perbualan telefon saya dengan Pemangku Ketua Pengarah Tourism Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa,

2. Mesyuarat Bersama Jabatan Bil 2/2008 yang dijadualkan bersidang pada 23 Disember 2008 akan dijalankan seperti mana yang yang telah
ditetapkan. Mesyuarat tersebut akan dihadiri dan dipengerusikan oleh Pemangku Ketua Pengarah, dan segala butiran tentang tarikh, masa dan tempat
adalah tidak berubah.


3. Sehubungan dengan itu, tuan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Selain itu juga, pihak pengurusan memohon supaya pihak
kesatuan dapat mengemukakan agenda mesyuarat, senarai nama wakil kesatuan dan wakil Kumpulan A seperti yang dijanjikan untuk tindakan
selanjutnya.

Sekian, terima kasih

Ahmad Esa
Senior Deputy Director
Management Division
Tourism Malaysia
Email - ahmadesa@tourism.gov.my
Ext : 8250

Wednesday, December 17, 2008

MESYUARAT BERSAMA JABATAN KALI KE 2/2008

Salam,

Pekeliling dari Jabatan Perkhidmatan Awam berkaitan MBJ boleh dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 bertajuk Penyusunan Semula Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Dalam Sektor Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002.

Surat pekeliling ini menjelaskan yang MBJ perlu diadakan sebanyak 4 kali setahun seperti petikan dari surat pekeliling pada perenggang 10 dibawah:-

10. Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan Agensi Awam/Pihak Berkuasa Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan yang telah menubuhkan MBJ hendaklah mengadakan mesyuarat sebanyak sekali dalam tempoh tiga bulan, iaitu, empat kali setahun.

MBJ ala Tourism Malaysia tidak pernah dipandang serius walaupun Tourism Malaysia adalah badan berkanun yang menjadikan pekeliling-pekeliling JPA sebagai kitab rujukan utama. MBJ kali ke 2 tahun 2008 akan diadakan pada 23 Disember 2008. Namun tarikh berkenaan juga adalah teka teki yang belum berjawab ... sama-sama kita lihat samada tahun 2008, Tourism Malaysia berjaya mengadakan 2 kali MBJ. MBJ bil 1 dibuat pada pertengahan tahun, itu pun selepas Kementerian berulang kali meminta minit MBJ Tourism Malaysia. Harapan Kesatuan semoga pengukuhan yang dibuat juga mengambilkira pengukuhan MBJ.

**** baca email-email berikut dan fikir-fikirkan ........
--------------------------------------------------

From: Mohd Azizul Arif Yahaya
Sent: 02 Disember 2008 15:53
To: Jamaludin Jantan
Cc: Mohd Hafiz Ibrahim; Mohmed Razip Hassan; Ahmad EsaS
ubject: MESYUARAT BERSAMA JABATAN BIL 2/2008 (Makluman Awal)

YDP Kesatuan Pekerja LPPM
(u.p: Encik Mohd Hafiz Ibrahim)

Tuan

MESYUARAT BERSAMA JABATAN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Bersama Jabatan Bil 2/2008 akan diadakan seperti butiran berikut

Tarikh : 23 Disember 2008 (Selasa)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 27

3. Sehubungan dengan itu, tuan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Selain itu juga, sukacita kiranya tuan dapat mengemukakan perkara-perkara seperti berikut ke Bahagian Pengurusan pada atau sebelum 15 Disember 2008 untuk tindakan selanjutnya :

i. Agenda mesyuarat bagi pihak kesatuan

ii. Senarai nama yang akan mewakili Kesatuan MBJ dan wakil Kumpulan A

Sekian dimaklumkan

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Azizul

(MOHD AZIZUL ARIF BIN YAHAYA)
Bahagian Pengurusan
b.p. Ketua Pengarah
Tourism Malaysia


----------------------------------------------

From: Mahpudzah Haji Salim
Sent: Wednesday, December 17, 2008 9:31 AM
To: HelpdeskSubject: Bercuti Rehat


Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Encik Amirrudin Abu, Pemangku Ketua Pengarah sedang bercuti rehat mulai 17-18 Disember, 23-24 Disember dan 30-31 Disember 2008.

Sehubungan dengan itu semasa ketiadaan beliau, Y. Bhg. Dato’/Datin/tuan/puan bolehlah merujuk dan mengemukakan terus segala urusan untuk perhatian dan tindakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Pengarah-Pengarah Bahagian.

Sekian, terima kasih.


----------------------------------------

From: Lee Pooi Ing
Sent: Friday, December 12, 2008 3:40 PM
To: helpdesk
Subject:

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Encik Azizan Noordin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) sedang bercuti rehat dari 12 - 16 Disember dan 19 - 24 Disember, 2008.

Sehubungan dengan itu semasa ketiadaan beliau, Y.Bhg. Dato'/Datin/tuan/puan bolehlah merujuk dan mengemukakan terus segala urusan berkaitan bahagian-bahagian di bawah seliaan beliau kepada Pengarah-pengarah Bahagian berkenaan.

Sekian, terima kasih.


(Lee Pooi Ing)
b.p. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)

Thursday, December 11, 2008

Hulurkan Bantuan Kepada Yang Memerlukan

Moderator - dari email yang dihantar oleh seorang kenalan.
-------------------------------------------------------------------------
PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK2 YATIM DAN MISKIN AL-MUNIRAH
RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH


Rakan-rakan sekalian,Sukacita dimaklumkan kepada kenalan-kenalanku semua bahawa sebuah rumah anak yatim yang dikenali sebagai "Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah" yang terletak di Klang amat memerlukan bantuan dari kita semua.Saya difahamkan bahawa rumah anak yatim ini bukanlah dibawah naungan kerajaan negeri dan hanya dikelolakan oleh seorang hamba Allah yang baik hati dan sungguh mulia demi menjaga kebajikan anak-anak yatim piatu yang miskin dikawasannya.

Keadaan mereka sungguh daif dan menyedihkan dan memerlukan bantuan orang ramai dengan seberapa segera agar kehidupan anak yatim tersebut tidak terabai dan dapat hidup seperti anak-anak yang lain. Menurut pengelola tempat tersebut, En. Jalil, sebelum ini sebuah syarikat swasta, TOSHIBA, telah bermurah hati untuk memberi sumbangan setiap bulan namun setelah syarikat tersebut menutup cawangannya di Malaysia, kini mereka terpaksa mengharapkan belas ihsan dari masyarakat untuk meneruskan kehidupan harian.

Kunjungan rakan-rakan saya baru-baru ini mendapati keadaan mereka sungguh menyedihkan, apatah lagi pengelolanya, En Mohd Jalil Marzuki (yang juga memiliki 7 orang anak) terpaksa mengelolakan 46 orang anak-anak yatim piatu termasuk menguruskan tempat tinggal, makan, pakaian dan sebagainya. Melalui perbualan telefon diantara En Jalil dengan saya pagi tadi, beliau memaklumkan bahawa setiap bulan rumah anak yatim tersebut memerlukan perbelanjaan sekitar RM25 ribu untuk menampung kos keperluan hidup (makanan dan sebagainya).

Dari sumber yang lain pula, saya difahamkan kadang-kala makanan mereka terpaksa dicatu kerana masalah kewangan.Sehubungan dengan itu, jika sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan/derma/sumbangan dalam apa jua bentuk, adalah amat dialu-alukan oleh beliau.Berikut adalah butiran lanjut mengenai rumah anak yatim tersebut:-Nama rumah : Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-MunirahAlamat : Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat,41200 Klang, Selangor Darul EhsanPengelola : Mohd Jalil B Marzuki (Pembantu Am)No Telefon : 03-3324 7758 atau 019-644 7949 (En Jalil)No Faks : 03-3324 0906

Jumlah pelajar : 45 orang[24 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan (12 orang masih di peringkat sekolah rendah)]
Antara barangan yang diperlukan dan harapan mereka:-
1. Barangan keperluan harian (tolietries - sabun, berus gigi,ubat gigi dll.)
2. Makanan
3. Tuala wanita ( terdapat ramai pelajar wanita peringkat menengah)
4. Sarung cadar / bantal
5. Telekung / sejadah
6. Alat tulis (stationeries) untuk persekolahan
7. Langsir tingkap (agak penting kerana terdapat campuran pelajar)
8. Selimut
9. Tuala mandi
10. Penyangkut Baju
11. Selipar
12. Buku-buku rujukan (mungkin ada buku-buku lama yang hendak disedekahkan)
13. Komputer (terpakai pun takpe tapi masih elok)
14. Dan lain-lain (apa-apa jua yang difikirkan patut.terserah kepada anda..)

Harapan jangka panjang mereka ialah jika sekiranya mereka dapat membina sebuah dewan dan surau bagi kegunaan anak-anak yatim piatu dikawasan itu kerana buat masa ini saya difahamkan mereka bersembahyang didalam rumah kontena yang telah diubah suai.Saya juga difahamkan bahawa kebanyakan komputer yang disumbangkan oleh masyarakat kepada mereka, semuanya tidak boleh diguna pakai (tu la perangai orang Malaysia, bagi tak ikhlas...)..kesian kat budak-budak tu..baik tak yah bagi langsung...Saya amatlah berbesar hati jika sekiranya rakan-rakan sekalian dapat memanjangkan lagi email ini kepada kenalan-kenalan saudara/saudari atau pihak-pihak tertentu agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh anak-anak yatim ini (especially kawan-kawan aku yang kerja best-best tu...) supaya mereka diberi peluang untuk hidup seperti orang lain dan tidak terabai.

Maaf, saya tidak dapat mengepilkan gambar-gambar mereka bersama email ini kerana setelah di "scan" kan, gambar yang keluar agak gelap dan tidak jelas. Seandainya, saudara-saudari ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi terus En Jalil di talian tertera diatas atau memasukkan sumbangan anda ke akaun yang berikut:-
v Nombor akaun Bank Muamalat 12040001994715
v Nombor akaun Bank Islam 12-010-01-005674-2
v No.akaun Maybank 562647201075
(segala sumbangan dikecualikan daripada cukai pendapatan RUJ:LHDN 01/35/42/51/179-6.5854)
Terima Kasih. Besar hati saya jika saudara-saudari dapat menyebarkan email ni kepada kenalan anda..

Apa Kata Anda !

Hasil kajian ringkas dari blog ini minggu lepas adalah seperti berikut :-

PTK patut dihapuskan. Setuju? Tidak Setuju? Kenapa?

1. Patut dihapuskan kerana tidak telus. Soalan dan keputusan bocor. - 5%
2. Patut dihapuskan kerana kenaikan pangkat perlu mengambilkira seniority/pengalaman, bukan keputusan PTK. - 64%
3. Tidak patut dihapuskan kerana mudah untuk naik pangkat dan naik gaji. - 11%
4. Tidak patut dihapuskan kerana PTK adalah mekanisma yang paling baik menentukan keupayaan / kebolehan seseorang pekerja. -17%


** kajian ringkas minggu ini adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan oleh Institut Integriti Malaysia semasa mereka menjalankan kajian integriti tahun 2007.

Wednesday, December 10, 2008

Soalan Umum Berkaitan Kesatuan Sekerja

1. Adakah penubuhan kesatuan sekerja terhad kepada pekerja-pekerja sahaja?
Tidak, pihak majikan juga boleh menubuhkan kesatuan sekerja khusus untuk mereka

2. Apakah syarat penting yang membolehkan kesatuan sekerja ditubuhkan?
Mereka itu hendaklah terdiri daripada mereka yang bekerja, bertugas dalam suatu penubuhan (establishment, trade, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa trade, pekerjaan atau industri yang serupa.
Telah bertugas sekurang-kurangnya setahun.
Pegawai kesatuan hendaklah berumur 21 tahun dan ke atas.

3. Adakah pekerja-pekerja di sektor awam/kerajaan boleh bergabung dengan sektor swasta untuk tubuhkan sebuah kesatuan sekerja ?
Tidak boleh.

4. Adakah kesemua pekerja-pekerja sektor awam dan berkanun dibolehkan menjadi anggota kesatuan?
Tidak.

Mereka yang ditegah menjadi anggota kesatuan ialah :
Anggota polis Diraja Malaysia, anggota-anggota mana-mana perkhidmatan penjara, anggota-anggota angkatan bersenjata, pegawai-pegawai awam yang bertugas dalam keupayaan sulit atau keselamatan, dan pegawai-pegawai awam yang dilarang di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau

Pegawai-pegawai awam yang memegang sesuatu jawatan di dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas melainkan pegawai-pegawai awam, atau kelas kategori atau merupakan pegawai awam di dalam kumpulan tersebut, yang tidak dikecualikan oleh suatu arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan boleh bergabung.
Pegawai-pegawai badan berkanun tidak boleh bergabung dengan badan berkanun yang lain.

5. Siapakah yang layak menjadi pegawai Kesatuan Sekerja ?
Warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas.
Telah bertugas sekurang-kurangnya setahun dalam mana-mana establishment, trade, pekerjaan atau industri yang berkaitan
Bukan pegawai sesebuah kesatuan sekerja yang pernah dibatalkan oleh KPKS.
Bukan pemegang jawatan atau pekerja suatu parti politik.
Tidak disabitkan kesalahan-kesalahan tertentu oleh mahkamah.
Bukan seorang yang bankrap.

Wednesday, December 3, 2008

Petikan Akhbar The Sun

Moderator - boleh dikatakan setiap Rabu pasti ada berita-berita panas dari Tourism Malaysia di akhbar ini. Sesuai dengan namanya The Sun, beritanya pasti terasa pedih dan perit.
_______________________________________________________________
Speak up!
13 theSun WEDNESDAY DECEMBER 3 2008


TELLING IT AS IT IS A MANUFACTURING company was launching a crime awareness programme for its employees. As usual, the corporate affairs department wanted pomp and pageantry added to what was supposed to be an in-house event. They wanted a VIP to launch it followed by a press conference, etc. The date was fixed, the VIP accepted the invitation and the entire company was in its element. A day before the event, the VIP called up. “What are you giving me as a souvenir?” he asked. “We got you a nice plaque which you can display in your office.” “Forget it. I would rather have a digital camera,” replied the VIP giving the brand and the model number.

Sure enough, after the event, the managing director presented the cenderamata in appreciation of the VIP “taking time off from his busy schedule to attend our function.” The above is not a fi gment of my imagination. It was related to me by the managing director in the presence of his corporate communications manager. “Not that we would have been out of pocket. I’ve heard so many stories about him and never knew him to be that kind of a person until that incident,” he said of the VIP who heads a dizzying number of governmentinitiated committees, as well as company directorships. In view of what was then the spiralling oil prices and the fi nancial uncertainties which resulted, the Treasury had sent out a circular on measures to be taken for an austerity drive. Specially made uniforms and shirts for official functions are not allowed. Souvenirs are not encouraged, but if the event warranted it, they should be restricted to books, local handicraft or local food products.

But according to what was revealed in Parliament last week, our lawmakers paid little heed to the word “austerity”. Millions were spent on festive parties. Although authorised, there was no limit to the expenses and the merry-making. Therefore, when a brown envelope landed on our desk last month, little did we realise that even ministries and agencies under its purview pay scant regard for the government’s austerity drive. The Malacca offi ce of Tourism Malaysia bought two souvenirs worth RM105,000 for two VIPs. Whether they were delivered to their supposed recipients is not known, but what the documents reveal is telling
indeed. Even if the souvenirs had been presented, it is doubtful that the recipients were aware how much of taxpayers’ money was used in acquiring them.


The copper vase with Quranic verses cost RM80,000 while a Dutch sword cost RM25,000. According to documents made available to theSun, the director of the Malacca office, Ahmad Yahya justifi ed the purchase by stating that the “minister wishes to present the items”. Ahmad’s letter further states that the gifts were: to support the ancillary industries in the tourism sector; to prevent national treasures such as the purchased antiques from being taken out of the country; to aid bumiputra businessmen in the antique trade; and to support the antiques industry as a tourist attraction.

To say that such justification holds no water in view of the austerity drive would be an understatement. But what is more startling is the manner in which the whole acquisition exercise was carried out. A quotation was submitted on April 30 by Syarikat Abdul in Jalan Hang Jebat, Malacca; the invoice was issued the same day and the goods were collected on May 14. While it is understandable that open tenders cannot be called for unique items such as antiques, the underlining question is: What is the justifi cation for spending RM105,000 on souvenirs when there was already a Treasury directive on the subject of souvenirs?

What action will be taken against those who are openly defying government policies and regulations? The chief secretary to the government, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, has time and again reminded civil servants that they should refuse to carry out instructions which are contrary to regulations. So, what will happen to Ahmad? His excuse will be that he merely “ikut arahan” but shouldn’t he have in the first place said: “Ini tidak ikut polisi kerajaan and surat pekililing perbendaharaan.” The irony is that Ahmad’s letter addressed to the director general of Tourism Malaysia and the director of the Domestic Promotion Division goes under the heading: Pembayaran Barang-Barang Antik Yang Dibeli oleh YB Datuk Sri Mentri Pelancongan Malaysia (Payment for antiques purchased by the tourism minister). That, in a nutshell, puts everything into perspective. Need anything more be said?

R. Nadeswaran says government officials who defy directives should be punished. He is editor (special and Investigative reporting) at theSun. He can be reached at: citizen-nades@thesundaily.com CitizenNades by R. Nadeswaran Etihad takes top honours at travel awards pg 16