Wednesday, May 18, 2011

Penilaian Konsep 360 Darjah Tingkat Kepemimpinan Jabatan Kerajaan



KUALA LUMPUR: Penilaian tahap kecekapan berkonsep 360 darjah mulai 1 Julai depan berkesan mewujudkan hubungan 'menang-menang' yang erat antara pihak pengurusan dan kumpulan pelaksana, serta mempertingkat daya kepemimpinan cemerlang, telus dan saksama dalam jabatan kerajaan. Pelaksanaan konsep baru itu juga disifatkan sebagai ejen pemantau kepada pentadbiran dan jentera operasi dalam perkhidmatan awam berikutan semua penjawat menyedari prestasi mereka akan diperhati serta dinilai secara berterusan oleh penyelia, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata sistem penilaian baru itu mampu menjana pembangunan profesionalisme serta kerjaya berterusan di kalangan penjawat awam melalui kursus peningkatan kecekapan, berbanding kebanyakan kursus di bawah Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) lebih menjurus kepada program kesedaran dan motivasi.

“CUEPACS juga akan mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam perjumpaan esok (hari ini) supaya penilaian baru ini nanti turut memberi pertimbangan lebih 15 peratus kepada sumbangan kakitangan yang kreatif di luar bidang tugas hakiki mereka,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan, mulai 1 Julai depan, prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, pelaksanaan sistem itu mampu mengelakkan berlakunya penindasan dalam hubungan antara pegawai atasan dan kakitangan bawahan, sebaliknya tindakan diambil akan lebih berhati-hati serta mengambil kira kepentingan secara keseluruhan.
“Ini secara langsung akan menggalakkan jalinan kerjasama lebih padu yang bukan saja menguntungkan pihak pentadbiran, kumpulan pelaksana, jabatan dan negara tetapi juga pelanggan atau penerima perkhidmatan,” katanya.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri, berkata konsep penilaian baru itu diyakini lebih relevan dan berkesan berbanding penilaian berasaskan peperiksaan dalam PTK.

“Justeru, peluang kenaikan pangkat yang mengambil kira rekod penilaian perkhidmatan secara berterusan serta pembabitan dalam kursus peningkatan ilmu dan kecekapan, amat penting serta lebih ketara,” katanya.

Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Wilayah Persekutuan, Jaapar Mansor berkata, penilaian yang mengutamakan prestasi kerja penjawat awam, lebih-lebih lagi untuk tujuan kenaikan pangkat, adalah lebih adil.

7 comments:

Anonymous said...

Mungkin 360 akan dapat memberikan kebaikan kepada semua, dan mungkin akan timbul pemerasan dari pihak atasan untuk menyekat kenaikan pangkat, peluang kursus/latihan, penempatan di luar negeri???

Masalah kini yang lebih serius adalah MPR, dan Kesatuan perlu mengatasinya dengan segera. MPR akan merosakkan organisasi, dan peluang untuk kumpulan Sokongan makin tertutup, makin malap...

Anonymous said...

Perkataan 'mungkin' jika dilihat dari sudut teori bermaksud tidak benar sehingga ia terbukti benar.

walaupun begitu, saya selaku YDP teruja dengan pandangan sinis tuan. Tuan, jika kita boleh pandang ke hadapan dengan penuh positif dengan setiap perubahan, maka, positif la jua perubahan tersebut. Tapi, jika pandangan kita bersifat negatif semata-mata tanpa fakta yang lebih khusus dari'mungkin', maka, saya cadangkan agar kita sama-sama duduk untuk satu sesi perbincangan yang lebih membawa kebaikan.

Satu sesi 'task force' bagi membincangkan secara menyeluruh keberkesanan output kajian MPR telah diadakan pada 13 Mei 2011. Saya telah hadir menyertai sesi tersebut selaku wakil Kesatuan dan telah sebanyak mungkin memberi pandangan yang mempertahankan kedudukan kumpulan sokongan. Sepertimana tuan telah nyatakan dalam pandangan tuan, ada perkara yang lebih mendalam telah dibincangkan bagi melihat proses keberkesanan output kajian MPR berkenaan. Berkaitan peluang kumpulan sokongan tertutup yang tuan nyatakan itu, dengan ini saya sanggah kerana melihat kepada proses kenaikan pangkat yang bakal berlaku sebaik sahaja MPR tersebut dilaksanakan pada fasa pertama sahaja memberi kenaikan sebanyak 23orang dan angka tersebut terus berkembang secara berjadual. Baik, mungkin persoalan berikutnya tuan akan tanyakan kenapa Kesatuan tidak mewar-warkan tentang perkara tersebut? Jawapannya ~ hasil dari sesi perbincangan dalam task force tersebut tidak lagi lengkap. Pihak HR & Pentadbiran masih berhutang dengan saya jumlah sebenar kenaikan pangkat di kumpulan sokongan secara terperinci mengikut gred (W/N/E/F). Namun demikan, seperti yang saya telah sebutkan tadi, pihak Kesatuan berterima kasih di atas maklumbalas yang tuan telah berikan. Kesatuan akan menghadiri MBJ pada 10/Jun/2011, kami akan menyampaikan isu-isu yang berkaitan untuk tindakan segera pihak HR & Pentadbiran terutamanya berkaitan MPR. Sebaik sahaja HR & Pentadbiran menyerahkan senarai lengkap kenaikan di kumpulan sokongan, pihak Kesatuan akan menyampaikan kepada semua dalam satu sesi yang khas.

Sekian, terima kasih

Anonymous said...

Sampaikan Maklumat Kepada SEMUA ahli-ahli Kesatuan....

Memang itu yang Dinantikan....

Tapi?..... Mana Maklumat itu disalurkan... adakah untuk Pengetahuan Jawatankuasa Kesatuan Sahaja? War-warkan kepada Semua Ahli2.... Akan Ada Kerjasama Sehingga Peringkat Bawahan....
Insyallah..
Kalau nak Harapkan Pihak Pengurusan... memang tiada laaaa....
Mana yang Sedap di Telan Dulu... Simpan Dalam Perut Sendiri...
Mana yang Teruk Baru Dia nak Share...

Zildjian

Anonymous said...

kadang-kadang itulah yang menjadi beban, bukan musuh yang datang tapi rakan seperjuangan. apatah lagi rakan juang yang hanya duduk cekak pinggang menanti durian diangkat ditatang atau hingga disuap ke mulut untuk makan.

sudah saya katakan bahawa maklumat akan disalurkan sebaik mendapat senarai lengkap dari HR & Pentadbiran. tak perlu bersikap bongkak hingga menghentam tak berhenti sedangkan kita tahu ada masa kita perlu juga mencerminkan diri ~ perlu sabar tuan, blog inilah menjadi medan penyaluran maklumat terkini dari Kesatuan. Nampak gaya tuan puan semakin popular dalam ini laman, tak mungkin tuan akan terlepas pandang.

yang mana baik kita sampaikan, yang mana kureng kita betulkan. saya ada cermin yang boleh saya tengok sentiasa untuk membetulkan, tuan?

Anonymous said...

A'kum & Salam 1Malaysia,

Terima Kasih Kepada YDP Kesatuan dapat memberikan maklumbalas,

Jgnlah kita menunggu sehingga

Telur Sudah Dihujung Tanduk.....

Brother Z

Anonymous said...

umum mengetahui untuk menjadi seseorang yang professional perlulah menghormati musuhnya/lawannya/atau rakannya..barulah dihormati dan disanjungi malah dilihat tinggi daripada aras yang sepatutnya dipijak..

oleh yang demikian wajar rakan seperjuangan tidak dianggap musuh..malah jika dilihat dari sudut positif memang ada asasnya..jika ini suara satu atau dua orang sahaja..pihak pemunya haruslah peka bahawa masih ada 1000 orang lagi yang berhak bersuara..jika tidak boleh bersuara, maka patutlah dikat sahaja hidungnya

sebagai pemimpin matang..jangalah takut hentaman..hentaman ini berasas..bukan tuli, bukan semberono..hentaman memajukan diri dan organisasi..nnti dikatakan jumud pula..

pemimpin profesional disanjungi kerana kredibilitinya, bukan kerana tulahnya, bukan kerana berapa banyak masalah diselesaikan..

ingt..jeneral yang bagus kerana pelannya..bukan kekuatan ketumbukan tenteranya..

skullkrusher Lucifer

Anonymous said...

Alhamdulillah, pandangan lucifer diambil berat. Yang baik akan saya jadikan panduan. Amin