Monday, April 22, 2013

Sesi Taklimat Lengkap Skim Ex-Gratia (bencana di tempat kerja) pada 23 April 2013 (Selasa)

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran akan mengadakan satu sesi penerangan yang komprehensif berkaitan tatacara permohonan skim Ex-Gratia pada ketetapan di bawah:

Tarikh : 23 April 2013 (Selasa)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Tourism Malaysia

Harap maklum bahawa kelulusan skim Ex-Gratia telah didapatkan melalui permohonan Kesatuan kepada Pihak Pengurusan Tertinggi dalam Mesyuarat Bersama Jabatan Bil 3/2012. Skim tersebut merupakan insentif dari kerajaan untuk melilndungi keselamatan kakitangan penjawat awam. Melalui skim tersebut yang berfungsi seumpama insurans yang akan memberi kelayakan kepada pemohon untuk mendapat gantirugi akibat kemalangan di tempat kerja. Pihak Kesatuan berharap agar semua warga kerja Tourism Malaysia khususnya para Ahli Kesatuan akan hadir pada sesi tersebut bagi mengetahui dengan lebih lanjut hak tuan / puan bagi mendapatkan skim berkenaan.

Pada masa yang sama, Kesatuan juga berharap agar para ahli Kesatuan yang akan hadir nanti bersifat pro-aktif dengan memberi soalan-soalan yang berkaitan bagi memudahkan pemahaman berkenaan pemakaian skim Ex-Gratia tersebut. Kami berharap agar perkara ini mendapat perhatian dan minat dari warga Kesatuan sekelian.

Sekian, terima kasih.

Yang DiPertua Kesatuan Pekerja-pekerja LPPM.

No comments: