Tuesday, January 7, 2014

Penjawat awam berperanan penting jayakan agenda transformasi


PUTRAJAYA 7 Jan. - Penjawat awam diminta sentiasa melakukan penambahbaikan dalam perancangan, pelaksanaan dasar dan prosedur kerja untuk meraih kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, ia antara faktor penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap penjawat awam dalam menjayakan agenda transformasi negara.

"Setiap penjawat awam telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menjadi perintis dan ejen perubahan bagi memajukan negara ini.

"Perkhidmatan awam kini terdedah pada penelitian kritikal daripada orang awam, apatah lagi apabila berhadapan dengan persepsi masih berlaku kerenah birokrasi, ketidakcekapan, prestasi di bawah tahap, ketidaktelusan dan kurangnya akauntabiliti," katanya pada majlis penganugerahan Diploma Pengurusan Awam (DPA) Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) 2013 di Pusat Konvensyen Antarabanga Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
-utusan.

No comments: