Wednesday, July 15, 2015

Perutusan Sempena Sambutan Aidilfitri 2015 / 1436 Hijrah


Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia

Tuan / Puan yang dikasihi sekelian,


Pada kesempatan ini juga, saya dan seluruh Exco Kesatuan LPPM menyimpul sanggul kerendahan, menghimpun jari sepuluh memohon ampun kepada semua andai ada terkasar bahasa, terguris jiwa, tercuit nada, terkurang cara mahupun terpendek gaya, agar diberi kemaafan kesekian kalinya. Semoga Aidilfitri yang bakal dirai tiada cacat celanya kerana terhidang dengan tiada rasa gundah dan gulana diantara kita. Kami doakan agar perjalanan ke kampung halaman dipelihara kesejahteraannya sentiasa. Hindarkan pilu dan bangkitkanlah rindu. Semoga kemenangan ini kita raikan di sepanjang masa.

Salam Lebaran, 1436 Hijrah

HASRIZAL MUHAMMAD SHAWAL TUKIJAN
Presiden
Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM

1 comment:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kesemua jawatankuasa kerja kesatuan dan ahli-ahli kesatuan