Wednesday, December 17, 2008

MESYUARAT BERSAMA JABATAN KALI KE 2/2008

Salam,

Pekeliling dari Jabatan Perkhidmatan Awam berkaitan MBJ boleh dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 bertajuk Penyusunan Semula Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Dalam Sektor Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002.

Surat pekeliling ini menjelaskan yang MBJ perlu diadakan sebanyak 4 kali setahun seperti petikan dari surat pekeliling pada perenggang 10 dibawah:-

10. Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan Agensi Awam/Pihak Berkuasa Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan yang telah menubuhkan MBJ hendaklah mengadakan mesyuarat sebanyak sekali dalam tempoh tiga bulan, iaitu, empat kali setahun.

MBJ ala Tourism Malaysia tidak pernah dipandang serius walaupun Tourism Malaysia adalah badan berkanun yang menjadikan pekeliling-pekeliling JPA sebagai kitab rujukan utama. MBJ kali ke 2 tahun 2008 akan diadakan pada 23 Disember 2008. Namun tarikh berkenaan juga adalah teka teki yang belum berjawab ... sama-sama kita lihat samada tahun 2008, Tourism Malaysia berjaya mengadakan 2 kali MBJ. MBJ bil 1 dibuat pada pertengahan tahun, itu pun selepas Kementerian berulang kali meminta minit MBJ Tourism Malaysia. Harapan Kesatuan semoga pengukuhan yang dibuat juga mengambilkira pengukuhan MBJ.

**** baca email-email berikut dan fikir-fikirkan ........
--------------------------------------------------

From: Mohd Azizul Arif Yahaya
Sent: 02 Disember 2008 15:53
To: Jamaludin Jantan
Cc: Mohd Hafiz Ibrahim; Mohmed Razip Hassan; Ahmad EsaS
ubject: MESYUARAT BERSAMA JABATAN BIL 2/2008 (Makluman Awal)

YDP Kesatuan Pekerja LPPM
(u.p: Encik Mohd Hafiz Ibrahim)

Tuan

MESYUARAT BERSAMA JABATAN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Bersama Jabatan Bil 2/2008 akan diadakan seperti butiran berikut

Tarikh : 23 Disember 2008 (Selasa)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 27

3. Sehubungan dengan itu, tuan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Selain itu juga, sukacita kiranya tuan dapat mengemukakan perkara-perkara seperti berikut ke Bahagian Pengurusan pada atau sebelum 15 Disember 2008 untuk tindakan selanjutnya :

i. Agenda mesyuarat bagi pihak kesatuan

ii. Senarai nama yang akan mewakili Kesatuan MBJ dan wakil Kumpulan A

Sekian dimaklumkan

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Azizul

(MOHD AZIZUL ARIF BIN YAHAYA)
Bahagian Pengurusan
b.p. Ketua Pengarah
Tourism Malaysia


----------------------------------------------

From: Mahpudzah Haji Salim
Sent: Wednesday, December 17, 2008 9:31 AM
To: HelpdeskSubject: Bercuti Rehat


Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Encik Amirrudin Abu, Pemangku Ketua Pengarah sedang bercuti rehat mulai 17-18 Disember, 23-24 Disember dan 30-31 Disember 2008.

Sehubungan dengan itu semasa ketiadaan beliau, Y. Bhg. Dato’/Datin/tuan/puan bolehlah merujuk dan mengemukakan terus segala urusan untuk perhatian dan tindakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Pengarah-Pengarah Bahagian.

Sekian, terima kasih.


----------------------------------------

From: Lee Pooi Ing
Sent: Friday, December 12, 2008 3:40 PM
To: helpdesk
Subject:

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Encik Azizan Noordin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) sedang bercuti rehat dari 12 - 16 Disember dan 19 - 24 Disember, 2008.

Sehubungan dengan itu semasa ketiadaan beliau, Y.Bhg. Dato'/Datin/tuan/puan bolehlah merujuk dan mengemukakan terus segala urusan berkaitan bahagian-bahagian di bawah seliaan beliau kepada Pengarah-pengarah Bahagian berkenaan.

Sekian, terima kasih.


(Lee Pooi Ing)
b.p. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)

No comments: