From: Ahmad Esa
Sent: 17 Disember 2008 16:37
To: Jamaludin Jantan; Mohd Hafiz IbrahimCc: Amirrudin Abu; Ahmad Junaidy Yahaya; Bahruddin Sulaiman; Mohmed Razip Hassan; Mohd Azizul Arif Yahaya; Azmy Abdul Mutalib
Subject: Mesyuarat Bersama Jabatan Bil 2/2008
YDP Kesatuan Pekerja LPPM
(u.p: Encik Mohd Hafiz Ibrahim)
Tuan
MESYUARAT BERSAMA JABATAN
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan keputusan dari perbualan telefon saya dengan Pemangku Ketua Pengarah Tourism Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa,
2. Mesyuarat Bersama Jabatan Bil 2/2008 yang dijadualkan bersidang pada 23 Disember 2008 akan dijalankan seperti mana yang yang telah
ditetapkan. Mesyuarat tersebut akan dihadiri dan dipengerusikan oleh Pemangku Ketua Pengarah, dan segala butiran tentang tarikh, masa dan tempat
adalah tidak berubah.
3. Sehubungan dengan itu, tuan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Selain itu juga, pihak pengurusan memohon supaya pihak
kesatuan dapat mengemukakan agenda mesyuarat, senarai nama wakil kesatuan dan wakil Kumpulan A seperti yang dijanjikan untuk tindakan
selanjutnya.
Sekian, terima kasih
Ahmad Esa
Senior Deputy Director
Management Division
Tourism Malaysia
Email - ahmadesa@tourism.gov.my
Ext : 8250
2 comments:
Salam........
Jadi bagaimana, apa hasil MBJ pada 23 Disember yang semalam? Adakah berlangsung seperti yang dirancang atau ditunda seperti biasa?...
Sekadar Soalan dari Golongan Marhaen
Salam,
Alhamdullilah MBJ semalam telah berjaya diadakan dari jam 3.15 pm hingga 7.55 pm. Ringkasan perbincangan akan di masukkan dalam blog dalam masa terdekat.
Terima kasih
Moderator.
Post a Comment