Saturday, March 21, 2009

Ketua Pengarah - Perbicaraan Ditunda lagi


Perbicaraan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato' Mirza, ditunda lagi ke tarikh 19 Mei 2009. Minggu ini perbagai cerita keluar di akhbar berkaitan perbicaraan berkenaan. Bagi rakan-rakan yang menghadiri perbicaraan berkenaan, lebih tahu isi perbicaraan, kerana tidak semua cerita di mahkamah keluar di akhbar. Namun apa pun Kesatuan berharap dan berdoa semoga semuanya akan selesai segera dan Dato' Mirza kembali bertugas.

Dato' Mirza merupakan pegawai Tourism Malaysia pertama yang dilantik menjadi Ketua Pengarah, selari dengan perjuangan Kesatuan yang mahukan orang dalam menerajui Jabatan. Sebelum ini jawatan berkenaan dipegang oleh PTD. Pemilihan beliau dahulu sangat tepat kerana beliau mempunyai kreadibiliti dan personaliti tersendiri yang meyakinkan.

Hampir semua pegawai/kakitangan Tourism Malaysia sukar untuk mempercayai kes ini, apa lagi bagi mereka-mereka yang sezaman dengan Dato' Mirza. Sebagai seorang yang pernah diamanahkan budget bernilai jutaan ringgit, apalah sangat dengan kos gigi sebanyak rm13,000 itu. Satu tuduhan yang sukar untuk diterima. Apa pun Kesatuan percaya, sekiranya Dato' Mirza kembali, beliau akan menjadi seorang yang lebih kuat sprititual dan mental, lebih efisyen dan lebih berdedikasi. Pengalaman ini akan menjadikan beliau lebih tabah dan bersemangat.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau dan kes ini dibicara dengan seadilnya.

1 comment:

Wak KedoDol said...

ini wak ade rase marah syiket..emosi wak pagi nih..

macammano kes Dato' MTB ni tak syetel2 lagik..kesian pon ade geram pon ade..apelah anak bini dia nak makan..tanggungan kompem banyak..wak nampak sangat ni sume kerja2 org yg sakit hati, sakit otak..kalo tak macammano berapa ramai manusia yg bekerja di bawah MOT nie yg makan suap terang2, nape Dato' MTB sorang yang sangkut???

tak apolah..nnti kite sume same2lah doakan kesejahteraan Dato' MTB..skrg ni pon wak berani cakap sume pekerja2 tourism dah tau ape agenda disebalik kes Datuk MTB nih kan..

kat dunia leh la lepas..dlm kuboq nnti siaplah hang..sume kena timbang same..kami tgk jer lah hang kena tibai cukop2..kat donia hang dah cukop tibai orangkan..SPRM pon tak leh celen pegawai2 kat sana tau..dapat CASH lagik...tak lama je..sehari dua, seminggu dua hang masuk laa kat lobang kuboq tu