Wednesday, May 2, 2012

13 pokok ditanam simbolik sambutan Hari Pekerja


Adnan Yaacob bersama Omar Osman (kiri) menanam pokok di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan pada program Penanaman Pokok sempena Sambutan Hari Pekerja di Kuantan, semalam. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH


KUANTAN 1 Mei - Sebanyak 13 batang pokok Meranti Tembaga ditanam di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan pada program Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Pekerja di sini semalam.


Pada majlis itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob turut bersama-sama kakitangan dari seluruh negara menanam pokok tersebut sebagai tanda simbolik sambutan berkenaan.
Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, program itu merupakan satu transformasi sempena menyambut Hari Pekerja berbanding tahun sebelum ini.


"Usaha menghijaukan bumi Malaysia bukan sahaja terletak pada tangan sesetengah pihak sahaja, malah kakitangan awam turut terlibat. "Program ini secara tidak langsung memupuk kesedaran masyarakat bahawa usaha menghijaukan negara adalah tanggungjawab bersama," katanya ketika berucap pada program Penanaman Pokok sempena Hari Pekerja di sini.


Menurut beliau, melalui program seperti itu, ia juga dapat menyediakan persekitaran yang sihat, selamat, sejahtera dan indah untuk orang ramai. Dalam pada itu katanya, Pahang merupakan negeri kelima yang menerima kunjungan CUEPACS untuk sambutan berkenaan di peringkat kebangsaan selepas Johor, Melaka, Terengganu dan Perak.
-Utusan/maa.

No comments: