Tuesday, July 3, 2012

Penjawat awam perlu anjakan sikap yang drastik - CUEPACS

KUALA LUMPUR 3 Julai - Penjawat awam perlu melakukan anjakan sikap yang drastik seiring dengan gagasan dan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Omar berkata, penjawat awam tidak seharusnya berasa selesa berada di takuk lama sehingga pencen dan sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian yang biasa.

"Penjawat awam perlu menyahut seruan Perdana Menteri sebagai satu cabaran bagi meningkatkan daya saing mereka. Mahu naik gaji tapi sikap di tahap lama tidak mahu berubah... macam mana?.

"Kita menyokong untuk menjadikan penjawat awam berpendapatan tinggi tapi mesti seimbangkan pendapatan dengan sikap serta kerja yang dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

-bernama/maa.

No comments: