Monday, March 11, 2013

CUEPACS sambut baik pengumuman PM


PERDANA Menteri, Najib Tun Razak bergurau dengan Omar Osman pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) bertemakan "Transformasi Perkhidmatan Awam, Merialisasikan Wawasan 2020" di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini. - BERNAMA


PUTRAJAYA 11 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, berita baik tersebut sememangnya dinanti-nantikan hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara dan diyakini mampu menjadikan mereka lebih produktif.

"Penjawat awam diingatkan supaya meningkatkan produktiviti dan mengikut saranan yang diberikan oleh Perdana Menteri.

"Iaitu jangan rasuah, menyalah guna kuasa dan jangan menyampaikan maklumat ke luar daripada lingkungan kita," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengumuman berita baik Perdana Menteri untuk penjawat awam sempena MAPPA XIII.

Menurut Omar, pihaknya bersetuju dengan langkah kerajaan menyelaraskan gred gaji pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Perkhidmatan Awam Am.

Beliau berkata, langkah drastik kerajaan itu perlu untuk menghormati peranan yang dimainkan oleh anggota keselamatan selama ini.

"Selepas ini ramai yang akan menyertai tentera dan polis disebabkan langkah penyelarasan ini," katanya.
-utusan/maa.

No comments: