Monday, December 30, 2013

Staf awam boleh tuntut insurans


KUALA LUMPUR 29 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penjawat awam yang menjadi mangsa banjir menghubungi Kementerian Kewangan untuk mendapatkan maklumat berhubung tuntutan insurans.

Gesaan itu dibuat beliau berikutan pengumuman Kementerian Kewangan Jumaat lalu bahawa mangsa yang mengalami kerosakan struktur bangunan atau berdepan kecurian semasa banjir boleh mengemukakan tuntutan insurans.

"Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi Kementerian Kewangan untuk mendapatkan maklumat tentang tuntutan insurans," kata Perdana Menteri sebagaimana dipetik melalui laman Twitternya hari ini.

Antara kerosakan struktur akibat banjir yang melayakkan tuntutan insurans ialah kerosakan pada dinding; lantai; atap; siling; tangki air selain kecederaan akibat kemalangan sama ada orang awam atau pihak ketiga semasa dalam rumah.

Malah, Bahagian Pinjaman Perumahan Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada hari sama juga mangsa agar segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan insurans.

Tuntutan boleh dibuat orang ramai dengan menghubungi syarikat insurans dan maklumat lanjut boleh dilayari di http://bpp.treasury.gov.my atau hubungi meja bantuan banjir di talian 03-8880 2121.
-utusan.

No comments: