Thursday, June 9, 2011

MESYUARAT KESATUAN BERSAMA KETUA-KETUA UNIT URUSTADBIR BAHAGIAN BERKAITAN PERPINDAHAN KE PUTRAJAYA

Satu sesi perbincangan antara Kesatuan dengan Ketua-Ketua Unit Urustadbir Bahagian di Tourism Malaysia akan di adakan pada 3.30 petang 9 Jun 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 27, LPPM.


Sesi perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan pandangan serta mencari kesepakatan berkaitan dengan 'work station dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pejabat baru di Putrajaya daripada Bahagian-Bahagian.


Segala maklumat, kandungan serta kesepakatan yang dicapai dalam perbincangan ini akan di panjangkan ke Pengarah Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran, jika perlu untuk tindakan lanjutan.

10 comments:

kaklong said...

setuju...semoga suara org ramai didengari....keadilan penting dlm setiap perkara..

Anonymous said...

Syukur Allhamdulillah,
Dapat Juga Berkumpul Bersama....

Semoga dapat memberikan Maklumbalas yang baik bagi meringankan beban serta meningkatkan lagi semangat kesepakatan SEMUA AHLI KESATUAN SERTA JAWATANKUASA.....

*Nasik Pun Dah Jadik Bubur.....
Bubur kena Special.... laaa
Baru Enak Dimakan....

Brother Z

Anonymous said...

Terima kasih kpd semua yg telah hadir. Semoga perbincangan smlm memberi impak yg cutup kuat utk dibentangkan kid pengurusan tertinggi.

Brother z, bubur kena jd yg paling sedap, baru ramai2 nak mkn.

Anonymous said...

Saya ada tanya org kementerian, nape tempat dia org besar sangat tak padan ngan bilangan staf. jawab sorang yg berpangkat, sebab kami fokus utk 5 thn ... sebab tu sekarang bila pindah ke PJ, gred 27 pun dpt bilik, hatta gred 22 pun boleh dapat bilik. Saya hanya ternga-nga terkedu .....
fokus utk 5 thn ??? lepas 5 thn dia org akan membesar .... jauh lebih besar dr agensi di bawahnya ?????
hahahaha bak kata nabil , lu pikirlah sendiri ....

cik mek molek

Anonymous said...

A'kum Cek Mek Molek....
Kementerian Tu Full Gomen.....
Kerja Pun 'BANYAK'... Tempat Kena laa Besarrrrr..... sama padan dengan Kerja nyer....

LPPM niee Badan Berkanun Persekutuan......
Kerja Pun 'BANYAK + Cover lagi kat atas tuee'.....
Kalau nak mintak apa2....
JAMBU ada Jawapan nyer
'Apa Pun Tak Boleh' 10x......
Renung-Renungkan...
____________________________

*Apakah makluman terkini Hasil Daripada Mesyuarat Bersama Ketua UnitUrustadbir Bahagian....
-Bincang Mencantikkan Pejabat di Putrajaya ataupun menyelesaikan masalah berkaitan perpindahan...

*Bubur Special Sudah Sedap Dimakan Kerr....
Atau dah dimasukkan ke dalam Peti Sejuk...

Brother Z

Anonymous said...

mengikut hasil perbincangan pada khamis yg lalu, setiap ketua urustadbir di setiap bhg perlu menyerahkan hasil cadangan melalui bhg kepada saya esok. Jgn lupa, tanggungjawab bersama utk menjayakan rancangan tersebut, setakat hari ini tiada satu maklumbalas pun diterima dare mana2 bhg, termasuklah bhg pemasaran domestik. Tuan nak saya jalankan tugas sebaik mungkin, oleh yg demikian tuan/ puan perlu memberikan maklumbalas seperti yang dirancang. Bhg pembangunan industri peril juga memberikan maklumbalas, jgn bersetuju sahaja ... Kepada wakil bhg tersebut, sila ambil perhatian.
Sekian, term kasih

Anonymous said...

Assallammualaikum & Salam 1Malaysia,

Yang Dihormati, Tuan Yang Dipertua Kesatuan Pekerja2 Tourism Malaysia Serta Sahabat handai yang saya rindui.....

Berbalik kepada Tajuk Utama YDP,

Adakah Setiap Bahagian telah memberikankan maklumbalas? DAN
Apakah tindakbalas yang telah dilakukan oleh Kesatuan?
Masa dan Waktu
Semakin bergerak..... Tapi adakah Kesatuan Bersama2 BERGERAK menuntut Hak Semua Kakitangan Tourism Malaysia?
Kami berharap sangat sebagai Wakil tertinggi Kesatuan Bergerak Menuntut Hak Pekerja2 Tourism Malaysia BUKAN bergerak Mengikut Telunjuk Pihak Tertinggi yang memang sudah kepentingan di Putrajaya.... Yang Susahnya.... Renung-Renungkan lahhhhh

Brother Z

Anonymous said...

kenapalah susah sangat hidup kat TM ni..nak mintak kuarters pun tak dapat, workstation nak dibesarkan sikit pun tak bagi. kalau yg dekat atas tu arah aje, semua melompat macam katak. tak peduli dengan apa cara pun arahan itu tetap akan dijalankan. tu la sebabnya terjadi benda2 yang tak patut terjadi mcm fb 1.8 juta tuh! janganlah asyik ke arah tu ajer, pikirlah hal staf dan kakitangan yg akan kerja sampai pencen tuh.

Anonymous said...

ke arah mana kita dalam masa 5 tahun akan datang? soalannya
1) adakah MPR yang bakal dilaksanakan ini bermanfaat kepada semua gred dan peringkat?

2) patut kah lebih kurang 40 jawatan dari gred 17-41 di trade off atau dikorbankan utk mendapatkan jawatan jusa?

3) pergerakan yang bakal wujud dengan perlaksanaan MPR ini adakah secara otomatik? sekiranya tidak mengapa?

4) merujuk kepada soalan 3, adakah pihak pengurusan memohon dengan jpa berhubung pergerakan secara otomatik? sekiranya tidak mengapa dan kenapa?

5) mengapakah tidak ditrade off jawatan 44 ke atas?

6) apakah ratio trade off jawatan dengan jawatan baru dsb?

tk

Anonymous said...

Asallamualaikum & Salam 1Malaysia,

Julai baru bermula....
09 Julai ini Genaplah sebulan Mesyuarat Kesatuan Bersama Ketua2 Unit Urustadbir Tourism Malaysia berkaitan perpindahan ke Putrajaya.
Tetapi.... Apakah Keputusannya serta tindakan pihak pengurusan TM yang bisu tidak meng war-warkan berita ini?
Seperti angin bayu yang sejuk lagi menyamankan sahaja yang berlalu pergi begitu sahaja.... Yang Tinggal hanyalah Bau-Bau yang kurang Enak untuk kakitangan TM yang terpaksa dihidu.

09 Julai ini jugalah satu hari bersejarah buat Malaysia kerana Perhimpunan menuntut keadilan Pilihanraya Negara akan berlaku...
Adakah Tourism Malaysia perlu melakarkan sejarah seperti 09 Julai ini? Renung-Renungkan.....

Brother Z