Presiden Kongres Kesatuan Pe­kerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, kesediaan pengurusan tertinggi mematuhi larangan tersebut akan meningkatkan tahap integriti sektor awam.

Menurut beliau, se­mua penjawat awam perlu sedar bahawa pi­hak berkuasa terma­suk Suruhanjaya Pen­cegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) mempunyai maklumat tentang ke­giatan mereka.

“Kita sepatutnya melihat teguran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad tentang kecenderungan penjawat awam bermain golf di luar negara secara positif.

“Peringatan itu dibuat secara ikhlas bagi memperbetulkan sistem sedia ada agar lebih telus, tiada prejudis sekali gus mengelakkan orang bercakap di belakang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dzulkifli dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malay­sia hari ini mengingatkan penjawat awam khususnya pengurusan tertinggi untuk meng­hentikan serta-merta aktiviti bermain golf di luar negara.

Beliau memberi­ta­hu, SPRM melakukan pemantauan dan mempunyai maklumat tentang perge­rakan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan penjawat awam terbabit.

Dzulkifli menambah, selain bermain golf, perbe­lanjaan penjawat awam terbabit termasuk untuk membeli-belah turut dibiayai pihak tertentu.

Sementara itu, Presiden me­rang­kap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Dr. Anis Yuzal Yusoff ketika dihubungi enggan mengulas lanjut tentang isu berkenaan.

“Biarlah Ketua Pesuruhjaya SPRM sahaja yang keluarkan kenyataan,” ujarnya.