Wednesday, January 18, 2017

Ujian poligraf wajar tangani salah laku penjawat awam

KUALA LUMPUR: Ujian poligraf, iaitu ujian untuk mengesan pembohongan wajar diperkenalkan dan dilaksanakan secara meluas dalam sektor awam bagi mengesan salah laku dalam kalangan penjawat awam, kata Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia, Datuk Akhbar Satar.

Katanya, langkah itu bukan saja mampu mengenal pasti individu yang melakukan kesalahan seperti penyelewengan, penipuan dan rasuah, tetapi juga memberi peluang kepada seseorang penjawat awam yang dituduh melakukan salah laku membersihkan nama mereka.

Bercakap kepada BERNAMA, Akhbar berkata, dengan keberkesanan 98 peratus dalam mengesan pembohongan, ujian itu boleh dilakukan terhadap penjawat awam terutama mereka yang memegang jawatan tinggi dan penting.

"Ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai penguatkuasaan dan penjawat awam yang memegang jawatan sensitif seperti menguruskan dana dan kontrak selain mereka yang terbabit dalam menjaga keselamatan negara juga wajar menjalani ujian itu," katanya hari ini.

Akhbar yang juga Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia menjelaskan ujian itu diguna secara meluas di lebih 80 negara dalam pelbagai sektor termasuk negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

Di Malaysia, katanya, penggunaan ujian itu hanya membabitkan agensi penguatkuasaan untuk tujuan siasatan dan segelintir syarikat swasta yang menggunakan poligraf bagi siasatan dalaman dan pengambilan pekerja baharu. 

Mengulas lanjut, beliau berkata,l walaupun sektor awam di negara ini membabitkan jumlah kakitangan yang besar, ujian boleh dilakukan secara rawak dan mengejut terhadap individu yang dikenal pasti ada masalah integriti.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, pula berkata pihaknya menyokong apa saja pelaksanaan yang boleh meningkatkan lagi kredibiliti dan integriti penjawat awam.

Bagaimanapun, katanya jika ujian poligraf itu mahu dilaksanakan, pihak berkenaan perlu mengambil kira soal persepsi masyarakat agar tidak wujud prejudis terhadap penjawat awam.

"Kita tidak mahu nanti orang menganggap seolah-olah semua penjawat awam ini tidak jujur dan perlu mengambil ujian poligraf, walhal yang sebenarnya hanya segelintir saja yang bermasalah," katanya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bersetuju untuk memperkenalkan semula ujian poligraf bagi membendung gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam.

Dalam laporan itu, akhbar itu memetik SPA sebagai berkata bahawa suruhanjaya berkenaan bersedia mengadakan perbincangan dengan agensi kerajaan untuk menentukan penjawat awam yang perlu menjalani ujian poligraf dan kekerapannya.

Secara ringkas, poligraf ialah alat untuk merakam pelbagai gerak balas fisiologi secara serentak seperti gerakan gelombang nadi, pernafasan dan tekanan darah. Menerusi ujian itu, gerak balas fisiologi subjek dianalisis untuk mengesan sebarang pembohongan berdasarkan soalan-soalan yang dikemuka oleh pakar.
-BERNAMA.

1 comment:

Unknown said...

Salam sejahtera!
Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan