Monday, December 7, 2009

Takziah Buat Keluarga Kak Jun

Takziah buat keluarga Allahyarhamah Junaida Binti Jamaludin atau lebih di kenali kak Jun di kalangan rakan-rakan, yang telah kembali ke rahmatullah bersamaan 6 Disember 2009 (20 Zulhijjah 1430 H) pukul 10.30 malam kerana kanser paru-paru dalam usia 56 tahun.

Masjid di USJ tempat menguruskan jenazah Allahyarhamah penuh dengan rakan-rakan dari Tourism Malaysia yang memberikan penghormatan terakhir kepada beliau. Turut kelihatan rakan-rakan bekas pegawai kakitangan Tourism Malaysia termasuk mantan Ketua Pengarah Dato' Abdullah Jonid dan isteri serta mantan Timbalan Ketua Pengarah Datin Dalilah Ahmad.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh beliau dalam rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

** Puan Junaidah merupakan ahli kesatuan yang paling senior dalam senarai ahli-ahli yang masih berkhidmat di Tourism Malaysia.

2 comments:

farida said...

Al-Fatihah untuk Kak Jun.
Pelukan terakhir Kak Jun masih terasa sewaktu Kak Jun ke Kelantan. Masih terdengar kata-kata Kak Jun bahawa ini kali terakhir Kak Jun Ke Kelantan.
Kak Jun seorang yang peramah dan tidak meninggi diri.
Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

E27 said...

Al-Fatihah...semoga roh dicucuri rahmat..