Thursday, October 11, 2012

Cuti Bersalin

Rujukan          : Perintah Am 25, 26 dan 54 Bab ‘C’
                         Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998                         Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
                         Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002
                         Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009
                         Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010


Tujuan            :           Diberikan kepada pegawai wanita untuk pulih daripada bersalin. 
Syarat             :            
(i)   Pegawai perlu mengemukakan perakuan bersalin kepada Ketua Jabatan. 
(ii)  Cuti Bersalin dikira mulai dari tarikh pegawai bersalin atau boleh diambil lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin ini adalah termasuk dalam  jumlah Cuti Bersalin yang diluluskan. 
(iii) Cuti Bersalin Separuh Gaji dan Cuti Bersalin Tanpa Gaji tidak menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan kemudahan Cuti Separuh Gaji. 
(iv) Pegawai lantikan kontrak (contract of service) layak untuk menggunakan kemudahan cuti bersalin ini tetapi tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan Cuti Bersalin. 
(v)  Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti tibi, kusta, barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan sebab bersalin. 
(vi) Pegawai yang melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia layak untuk diberi Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.
(vii) Kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan oleh pegawai hendaklah dicatitkan dalam Kenyataan Cuti, Buku Perkhidmatan.
Kadar             :          
(i)  Sebanyak 300 hari bergaji penuh sepanjang tempoh perkhidmatannya, manakala selebihnya cuti tanpa gaji atau cuti menjaga anak.
(ii) Minimum 60 hari dan maksimum 90 hari setiap kali bersalin.
Agensi Terlibat :         Perkhidmatan Awam 
Tarikh Kuat Kuasa :  15 Oktober 2010
-jpa/maa.

No comments: