Thursday, November 13, 2008

Jawatankuasa Usul

Cadangan Jawatankuasa Usul ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Agong Tahunan Kesatuan yang lepas. Cadangan ini merupakan cadangan dari AJK Kesatuan. Dibawah adalah keterangan mengenai Jawatankuasa Usul yang akan ditubuhkan :-

OBJEKTIF

Bertujuan bagi :-

-Menggalakkan penglibatan ahli Kesatuan secara menyeluruh ke dalam Mesyuarat Bersama Jabatan melalui isu-isu yang disumbangkan ;

-Memudahkan penyaluran isu-isu melalui wakil-wakil yang dilantik mewakili setiap gred dan skim perkhidmatan dalam kumpulan sokongan ;

-Mendapatkan lebih ramai wakil bagi membuat penapisan/penentuan terhadap isu-isu yang akan dibawa kepada Mesyuarat Bersama Jabatan yang umumnya akan diadakan pada kekerapan 4 kali setahun ;

-Mengumpul lebih banyak fakta bagi menyokong sesuatu isu. Ini membolehkan sesuatu isu itu diperjelaskan sewajarnya kepada Pihak Pengurusan dan mendapat respon yang wajar daripada pihak Pengurusan ;

-Menggalakkan proses ”Follow Up” daripada Jawatankuasa terhadap status sesuatu isu yang dibawa ke Mesyuarat Bersama Jabatan ;


KEAHLIAN

1. Wakil AJK Kesatuan yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua

2. Wakil Kumpulan B (seorang wakil dari setiap gred)

2.1 Pegawai Pelancongan Gred E27, E32 dan E38
2.2 Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, N32 dan N36
2.3 Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred F29, F32 dan F38
2.4 Pereka Gred B27 dan B32
2.5 Penolong Akauntan Gred W27, W32 dan W36

3. Wakil Kumpulan C (seorang wakil dari setiap gred)

3.1 Pembantu Tadbir Gred N17,N22 dan N26
3.2 Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17, W22 dan W26
3.3 Juru Teknik Komputer Gred FT17 –FT22
3.4 Pereka Gred B17
3.5 Jurufoto Gred B17 - B22

4. Wakil Kumpulan D (seorang wakil dari setiap gred)

4.1 Ahli Fotografi Gred B11 – B18
4.2 Operator Prosesan Data Gred F14
4.3 Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 – N13
4.4 Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 – N4
4.5 Pemandu Gred R3 – R6

5. Wakil dari pejabat-pejabat negeri.


FUNGSI

1. Menjadi platform kerjasama antara ahli-ahli Kesatuan

2. Mewujudkan kesepakatan di dalam menangani isu-isu berbangkit yang timbul dari semasa ke semasa.

3. Menghimpunkan suara ahli-ahli dan penglibatan lebih menyeluruh dari semua ahli di dalam Mesyuarat Bersama Jabatan


-----------------------------------------------------------------------

Tuan/Puan Ahli-Ahli Kesatuan,

Penubuhan jawatankuasa ini sangat penting bagi kita mengetengahkan apa jua permasalahan. Setiap isu yang akan dibincangkan dan dipersetujui bersama sebelum dibawa ke Pihak Pengurusan. AJK Kesatuan akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama ahli-ahli dari setiap gred dan tuan/puan akan melantik wakil dari kalangan tuan/puan.

Bagi gred yang mempunyai ramai kakitangan, lebih dari seorang wakil akan dilantik bergantung kepada kesesuaian dan keputusan perbincangan nanti. Kesatuan berharap dengan adanya wakil-wakil, lebih banyak isu, ’follow up’ dan penyelesaian dapat dibuat.

Kesatuan sangat berharap kerjasama semua ahli dan jawatankuasa ini dapat dijayakan bagi menjamin kepentingan ahli.

2 comments:

shahrilhakime said...

Bagusla kalau jawatankuasa ni nanti dianggotai dari semua gred..... Jangan pulak nanti usul-usul yang dibawa lebih kepada usul untuk golongan-golongan atasan. Lebih untuk memenangkan kome-kome yang berebut-rebut nak bertuko ke luor negara. Yang berebut-rebut nak jawatan-jawatan tinggi. Yang golongan-golongan 'marhaen' kome tak nampak. Kalau ini berlaku, jawabnya takda maknanya jawatankuasa usul ni ditubuhkan.

Anonymous said...

Saudara DSH,

Insyaallah, kita akan cuba untuk mengubah persepsi serta pandangan warga Tourism dan melalui jawatankuasa baru ini, kami akan lebih mengutamakan golongan bawahan terutama kepada ahli-ahli Kesatuan yang berdaftar. Jika saudara DSH mempunyai sebarang permasalahan atau cadangan boleh terus menghubungi Jawatankuasa Kesatuan melalui email kesatuan yang telah diberi. Kesatuan memerlukan sokongan ahli-ahli untuk kami maju lagi ke hadapan dalam menempuh pelbagai dugaaan. Kerjasama saudara di State juga amat diharapkan dalam membantu kami.

Sekian