Friday, November 7, 2008

Terima Kasih Semua Ahli-Ahli Kesatuan


Salam,

Saya bagi pihak AJK Kesatuan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir memberikan sokongan untuk Mesyuarat Agong Kesatuan ke-29. Kesatuan juga mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Ketua Pengarah En. Amiruddin Abu diatas kesudian merasmikan mesyuarat ini.

AJK baru bagi sessi 2008/2009 adalah seperti berikut :-


Yang DiPertua - En. Jamaluddin Jantan

Naib Yang DiPertua - En. Noel Nor Jetty

Setiausaha - En. Mohd Hafiz Ibrahim

Pen. Setiausaha - En. Noorshearan Mohamed

Bendahari - En. Khaizarulnizam Eshak


AJK

1. Puan Zuraini Ahmad

2. En. Hasan Mohdin

3. En. Zakaria Yaacob

4. En. Hasrizal Muhammed Shawal Tukijan

5. En. Ahmad Sharifuddin Said

6. En. Mushtak Ahmad Mustapha

7. En. Radzlan Ramli


*** Kami menerima banyak pertanyaan berkaitan door gift. Sekali lagi dimaklumkan, dalam tahun 2008 Kesatuan telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan sebanyak 2 kali. Yang pertama dalam bulan Februari 2008 (AGM ke 28 yang sepatutnya diadakan pada tahun 2007 tetapi ditunda ke Februari 2008) dan yang ke-2 pada hari ini iaitu AGM ke 29, maka pihak AJK Kesatuan perlu berbelanja secara berhemat supaya perbelanjaan Kesatuan tidak mengalami defisit.
Adalah diharapkan semua ahli faham situasi ini dan pemberian door gift akan diadakan seperti biasa pada AGM ke 30 nanti, insyaallah.
Terima kasih.

5 comments:

shahrilhakime said...

Tahniah kepada barisan kepimpinan baru. Semoga dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan berkesan. Menjadi harapan saya supaya tuan puan yang dipilih dapat menjadi 'suara' kepada ahli kesatuan dengan berkesan. Bangkang jika merasakan ada keputusan dan tindakan TM yang tidak menguntungkan pekerja TM @ ahli kesatuan. Berani kerana benar. Sekali lagi tahniah.

Anonymous said...

Soal door gift tu adalah perkara kecil dan tidak sepatutnya dipersoalkan. Malu aku apabila mengaku pejuang/ penegak hak tetapi isu yang ditimbulkan hanya soal door gift? Tu nasib baik tak bagi ex-gratia..

Selain itu, tindakan seorang AJK yang terus mengambil mic dan menempelak para hadirin dan yang bertanyakan soalan amat dikesali. Bertenang. Kalau begini sikap AJK, jangan salahkan ahli sekiranya tidak lagi mahu bangun untuk bercakap di mesyuarat akan datang.

Jangan hanya berani di sini tapi sembunyi telor bila berhadapan dengan Pengurusan Tertinggi.

Tahniah untuk semua barisan kepimpinan yang baru. Kekalkan tradisi sebagai "singa dalam TM" dan bukan lagi "kuda tunggangan".

Salam Perjuangan

Anonymous said...

Atas nama Kesatuan yang mulia ini, saya ingin mengambil inisiatif dan kesempatan ini untuk memohon maaf secara terbuka atas 'keterbukaan' yang pastinya mengundang tidak senang hati sesetengah pihak yang menghadiri AGM tempohari. Sudah maklum bahawa para ahli merupakan modal kami yang paling besar. Jika hilang sokongan dari ahli sendiri, maka tiadalah wujud Kesatuan yang mulia ini.

Walaupun demikian, secara kasar saya dapat lihat bahawa barisan muda dalam Kesatuan tidak boleh dipandang mentah. Angkatan muda jua bermaksud bersemangat dan bertenaga. Angkatan muda dalam Kesatuan sekarang jualah yang bersama-sama mencetuskan udara dan idea baru agar kita tidak bermusim malah bersifat sepanjang tahun.

Telor orang muda tak berkedut, masih cekang dan lembut. Kalau disergah harus sekejap sahaja akan terjerut. Lain pula telor orang lama, sudah keras malah berkerut. Digigit lembut belum tahu terkejut. Kadangkala, strategi membabi buta pun belum tahu membuahkan hasil. Hanya cara jalan yang bijak akan menampakkan diri kita segak. Kita tidak mahu ianya berselerak.

Kesatuan merupakan sebuah platform dan platform inilah yang perlu digunakan secara sebaik-baiknya (secara demokrasi) agar tujuan serta hala-tuju asal dicapai.

Sekali lagi, saya memohon maaf atas keterbukaan saya tempohari. Semoga ianya menjadi pengajaran bagi diri saya. Amin.

Anonymous said...

Tahniah diucapkan kepada barisan kesatuan TM yang baru. Semoga dengan pelantikan tersebut, hak-hak macai dapat disuarakan dengan lebih berkesan.

Nasihat saya kepada penulis-penulis gelap tolonglah JANGAN BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.

Unknown said...

Saya harap dengan adanya AJK baru, KESATUAN akan lebih berkarisma, berdaya saing dan berkemampuan dalam menangani masalah kakitangan bila berhadapan dengan Management. Fikir sebelum bertindak..agar tindakan itu nanti impaknya maksima. Salam.