Wednesday, November 5, 2008

RUMUSAN PERTEMUAN KESATUAN DENGAN PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

RUMUSAN PERTEMUAN (CONTACT REPORT)
KESATUAN DENGAN PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
(EN. MOHAMAD RAZIP HASAN) PADA
17 OKTOBER 2008



1. Kenaikan Pangkat
Masalah kriteria kenaikan pangkat dan memangku Gred 38 ke bawah - tiada konsistensi
a) Terdapat pegawai ditamatkan pemangkuan tanpa sebab yang wajar atau sebab tidak dinyatakan dengan jelas.
b) Terdapat pegawai yang dilanjutkan pemangkuan 3 bulan
c) Terdapat pegawai baru yang diberi pemangkuan
d) Terdapat pegawai yang dinaikkan pangkat sebelum keputusan PTK dikeluarkan

Komen Bahagian Khidmat Pengurusan
1. Wakil Kesatuan dan kumpulan A telah dijemput di dalam temuduga bagi maksud kenaikan pangkat gred 38 dan 32 lepas. Sepatutnya isu ini tidak timbul. Kesatuan sepatutnya maklumkan kepada ahli-ahli tentang perkara ini.
2. Ketetapan tentang tempoh pengalaman kerja 5 tahun ke 6 tahun bergantung kepada kehendak Pengerusi Jawatankuasa berkaitan. Pertukaran ketetapan dibuat bagi memudahkan saringan kerana terdapat ramai calon.

Respon Dan Cadangan Kesatuan
1. Kesatuan dimaklumkan oleh YDP Kesatuan yang beliau hanya dipanggil menjadi pemerhati semasa temuduga dibuat. Beliau tidak dipanggil untuk mesyuarat-mesyuarat seterusnya berkaitan keputusan temuduga.
2. Bagi kriteria kedatangan - Kesatuan juga memaklumkan yang terdapat panel yang tidak dimaklumkan yang tandatangan Pengarah bagi pegawai yg datang lambat tidak diambil kira dan dianggap datang lambat tanpa sebab.
3. Memandangkan TM menerima pakai Perintah2 Am dan semua Pekeliling Kerajaan maka Kesatuan meminta Pengurusan melihat kepada kriteria kenaikan pangkat dan pemangkuan di dalam Perintah Am Bab A perkara 37 Bahagian VIII dan mematuhinya.
4. Meminta pengurusan mematuhi maksud merit yang dinyatakan yang semata-mata merujuk kepada LNPT dan PTK di samping perkara-perkara lain yang dinyatakan mengikut keutamaannya.
5. Mewujudkan konsistensi di dalam menetapkan kriteria kenaikan pangkat dan pemangkuan. Kriteria yang berubah-ubah mengikut selera pucuk pimpinan haruslah dihindarkan.

Respon Bahagian Khidmat Pengurusan
Pengarah mengambil maklum akan perkara-perkara yang diutarakan oleh Kesatuan dan membawanya kepada perhatian Pengurusan Tertinggi.


2. Masalah Pengisian Pegawai Gred N Di Pejabat Luar Negara

Komen Bahagian Khidmat Pengurusan
Satu temuduga akan diadakan dalam masa terdekat. Sebelum akhir tahun calon akan diketahui. Pada peringkat awal Cuma 2 orang pegawai Gred N akan dihantar untuk mengisi jawatan di TM Dubai dan TM Tokyo

Cadangan Kesatuan
Kesatuan mencadangkan supaya diadakan satu kursus persediaan pegawai N ke luar negara berbanding temuduga yang akan menimbulkan prejudis. Dengan ini lebih ramai calon yang dikenalpasti dapat disediakan untuk penempatan apabila diperlukan. Kursus harus mencakupi semua aspek yang diperlukan seperti Grooming, Etiket Sosial,Public speaking dll mana yang berkenaan.

Respon Bahagian Khidmat Pengurusan
Pengarah mengambilkira akan cadangan ini.



3. Penilaian Tahap Kecekapan Gred F Dan B

Cadangan Kesatuan

Kesatuan meminta supaya PTK dalaman juga dipanjangkan kepada gred F dan B. Ini kerana bagi calon yang menumpang agensi lain, soalan-soalan yang dikemukakan adakalanya adalah berkaitan tugas2 dan aktiviti2 agensi berkenaan.
Keputusan juga lambat diperolehi (setahun) bagi calon yang mengambil PTK dengan JPA.
Memandangkan staf gred N, W dan E telah dibuat sendiri oleh TM – Kesatuan memohon agar PTK untuk gred F dan B juga dibuat di TM.

Respon Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Pengurusan memaklumkan cadangan ini diterima dan akan mengusahakan ke arah itu. PTK gred N dan W dibuat sebagai permulaan dan akan dilanjutkan kepada gred2 lain.


4. Skim Insuran Hospital
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan memaklumkan bahawa YB Menteri telah bersetuju supaya skim ini diluluskan untuk perlaksanaan.

Respon Kesatuan
Kesatuan menyambut baik kelulusan tersebut kerana ianya adalah antara isu yang disuarakan oleh Kesatuan. Kesatuan berharap proses untuk perlantikan pemberi khidmat perlindungan insuran ini dapat dijalankan dengan telus.

5. Pembentukan Bahagian Baru -Pengurusan Rekod
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan memaklumkan yang beliau ingin mencadangkan untuk diwujudkan Bahagian Pengurusan Rekod memandangkan fail-fail di Tourism Malaysia tidak diselenggara dengan baik dan pengurusan fail dan rekod tidak mengikut prosedur sebenar.

Respon Kesatuan
Kesatuan menyambut baik cadangan tersebut selaras dengan kepentingan pengurusan rekod yang baik dan teratur. Kesatuan juga mencadangkan supaya diwujudkan Bahagian Latihan selaras dengan kepentingan pembangunan Modal Insan. Sekiranya perkara ini dianggap penting maka adalah sesuai bagi mewujudkan satu bahagian untuk ini. Pewujudan bahagian-bahagian khusus ini akan mengurangkan bebanan Pengarah Pengurusan dan membolehkan Pengarah Pengurusan fokus kepada skop tanggungjawabnya.


6. Pegawai Kontrak Sebagai Pengarah Serantau Gred E54

Komen Kesatuan
Penempatan pegawai gred 54 tidak ada di dalam penstrukturan yang diluluskan tetapi dilaksanakan secara tergesa-gesa. Ada jawatan-jawatan yang diluluskan dalam pengstrukturan semula tidak diisi dengan sewajarnya seperti gred N di pejabat-pejabat negeri dan pejabat-pejabat luar negeri. Kesatuan juga menganggap pengwujudan jawatan ini akan meningkatkan kos operasi pejabat berkenaan. Sekiranya jawatan ini diwujudkan juga, maka negara China adalah tempat yang terbaik memandangkan pasaran disana sedang meningkat. Selain itu, gred jawatan yang sama antara Pengarah Serantau dan Pengarah di ibu pejabat juga akan memberikan satu situasi yang sukar untuk membuat keputusan.

Respon Bahagian Khidmat Pengurusan
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan memaklumkan yang kos operasi pejabat-pejabat berkenaan tidak akan bertambah memandangkan jawatan E54 akan ditempatkan di pejabat berkenaan dan bukannya menyewa premis yang lain. Beliau juga memaklumkan yang penempatan ini merupakan antara pengukuhan yang dibuat bagi meningkat daya saing Tourism Malaysia di pasaran-pasaran berkenaan dan mengambilkira pandangan Kesatuan berkenaan jawatan ini di negara China.
Beliau juga memaklumkan yang mengikut prosedur yang betul, semua Pengarah Serantau perlu melapor atau mendapat kelulusan dari Pengarah di ibu pejabat untuk membuat sesuatu keputusan.

No comments: