Friday, January 6, 2012

MAKLUMAN PENGHANTARAN BORANG OPSYEN UMUR PERSARAAN DI BAWAH SBPA

Assalamualaikum dan salam hormat,

YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Seperti yang tuan/puan sedia maklum, tarikh akhir penyerahan Borang Opsyen Umur Persaraan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil 11 Tahun 2011 telah berakhir iaitu pada 31 Disember 2011. Walau bagaimanapun, terdapat pegawai dan kakitangan yang masih BELUM menyerahkan semula borang yang telah dilengkapkan. Situasi ini menyukarkan BSMP untuk menyediakan laporan kepada JPA seperti yang telah diarahkan semasa di peringkat penyediaan pelaksanaan SBPA. JPA memerlukan maklumat daripada setiap Kementerian dan Agensi jumlah pegawai yang memilih opsyen 60 atau kekal pada tarikh opsyen yang lama (55/56/58)

3. Sehubungan itu, BSMP memohon kerjasama pihak YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan segera Borang Opsyen Umur Persaraan berkenaan selewat-lewatnya pada, 9 Januari 2012 (Isnin). Borang yang telah lengkap boleh difakskan/emelkan terlebih dahulu untuk rekod dan borang asal hendaklah diposkan secara berasingan. YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dianggap TIDAK BERSETUJU menerima tawaran bersara paksa apabila mencapai umur 60 tahun dan KEKAL memilih persaraan paksa apabila berumur 55, 56 & 58 tahun. Opsyen ini akan juga dilaporkan kepada JPA dan dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan. Sila maklumkan kepada pegawai dan kakitangan yang tidak mempunyai kemudahan emel.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

Anonymous said...

wow...banyak nye kaler...meriah sampai baca leh konpius?! buat ler elok2 untuk kefahaman semua...