Tuesday, January 3, 2012

SBPA ruang penjawat awam perbaiki prestasi

KEDATANGAN tahun baru menandakan bermulanya secara rasmi pelaksanaan dasar pelepasan jawatan di bawah skim baru, Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menggantikan dasar pelepasan dengan izin yang dilaksanakan sebelum ini.

Dasar pemisah kepada penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan juga diperkenalkan di bawah SBPA mulai 1 Januari 2012.
Pelaksanaan dasar baru itu usaha meningkatkan prestasi serta pendapatan kakitangan awam dengan pelbagai insentif baru tetapi ia dilihat seolah-olah mimpi ngeri kepada kakitangan malas, tidak produktif atau sering gagal mencapai standard prestasi ditetapkan.
Dulu, di bawah sistem Skim Saraan Malaysia (SSM), golongan itulah antara yang sering gagal mencapai markah statik 50 peratus. Perlu difikirkan secara positif kenapa perlu diwujudkan sistem pemarkahan itu dan kenapa tahapnya dinaikkan.

No comments: