Tuesday, October 25, 2011

PIKET KEBANGSAAN

Mesyuarat Majlis Am MTUC yang telah bersidang pada 10hb Oktober 2011 telah mengambil ketetapan akan mengadakan Piket serentak diseluruh Negara pada 3hb November 2011.


Tindakan piket ini adalah berikutan Bill Pindaan Akta Kerja 1955 yang dibentangkan buat kali kedua pada 6hb Oktober 2011 telah diluluskan oleh Parlimen. Tindakan meluluskan pindaan berkenaan telah menimbulkan rasa kurang senang oleh semua kepimpinan kesatuan sekerja diseluruh Negara.


MTUC mengambil pendirian dan ketetapan akan mengadakan piket serentak di seluruh Negara agar pembentangan di Dewan Senat akan memberi perhatian serius mengenai pindaan Akta Kerja 1955 yang akan memberi kesan mudarat kepada kaum pekerja seterusnya mengembalikan pindaan berkenaan kepada Kementeria Sumber Manusia untuk dibincangkan semula dengan MTUC. Sekaligus Majlis Am MTUC dengan sebulat suara memutuskan akan mengadakan Piket Kebangsaan pada 3hb November 2011.


(Petikan dari Labour Bulletin MTUC Sept/Okt 2011 oleh Setiausaha Agung MTUC)

No comments: