Wednesday, October 26, 2011

Protes harga barang naik: MTUC sokong CUEPACS

KUALA LUMPUR 26 Okt.- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyokong penuh saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)bagi melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang.

Presidennya, Mohd. Khalid Atan berkata,sebagai pekerja kami akan menyokong tindakan yang disarankan oleh CUEPACS jika kenaikan harga barang berlaku sehingga ke tahap yang tidak munasabah.

“Kami menyokong penuh saranan CUEPACS untuk memprotes kenaikan harga barang ini jika peniaga terus menaikkan harga barang tanpa sebab yang kukuh.

“Jika harga barangan masih naik, ahli kesatuan akan bersama-sama memprotes kerana keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada penjawat awam malah juga kepada kakitangan swasta,”katanya kepada Utusan Malaysia ketika di hubungi di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Khalid , isu kenaikan harga barang ini seperti satu fenomena yang pasti berlaku jika kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada pembentangan bajet tahunan. -Utusan Online/maa.

No comments: