Friday, December 30, 2011

MAKLUMAN EDARAN JADUAL GAJI SEBARIS (JGS) SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM ( SBPA)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Y.Bhg. Dato’ / Y.Bhg. Datin / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa, Cabutan Lampiran C, Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2011; Jadual Gaji Sebaris (JGS) telah diedarkan kepada semua Unit Urustadbir Bahagian/Pejabat Negeri/Luar Negeri pada 29 Disember 2011. Semua pegawai dan kakitangan boleh membuat semakan tawaran pemindahan Tangga Gaji dan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) seperti yang telah ditawarkan dalam Borang Opsyen sebelum ini. Walau bagaimanapun, dokumen tersebut masih bertaraf terhad dan hanya untuk simpanan Unit Urustadbir sahaja.

3. Sekiranya terdapat sebarang kekeliruan/percanggahan pada tawaran, Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, bolehlah merujuk terus ke Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran untuk penjelasan dan semakan lanjut. Perkara ini AMAT PENTING bagi mengelakkan sebarang kesilapan pada tawaran Tangga Gaji di bawah SBPA yang boleh mengakibatkan Kutipan Semula@Bayaran Balik emolumen di kemudian hari.

Perhatian Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai

Sekian.

Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran

2 comments:

Anonymous said...

bahagian saya telah menerima jadual gaji sebaris pada 30 disember 2011. terima kasih sangat.

Anonymous said...

Alhamdulillah, sehingga 15 januari nanti, sekurang-kurangnya Warga TM boleh buat semakan sehingga mencapai keputusan yang sewajarnya ...