Thursday, December 22, 2011

MAKLUMAN SUMBER MANUSIA BIL 29/2011 - TAKLIMAT SUSULAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SPBA) KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN TOURISM MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Y.Bhg. Dato’ / Y.Bhg. Datin / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Lanjutan daripada sesi taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diadakan pada 12 Disember yang lalu, Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran akan mengadakan taklimat susulan kepada pegawai dan kakitangan TM bertaraf tetap dan kontrak di Ibu Pejabat. Justeru itu, satu sesi taklimat susulan akan diadakan seperti butiran berikut :-

Tarikh / Hari : 23 Disember 2011 (Jumaat)

Masa : 9.30 -11.30 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna (MPH), Kementerian Pelancongan Malaysia

3. Y.Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah dijemput hadir pada sesi taklimat tersebut. Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Dato’ / Y.Bhg. Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran


1 comment:

Anonymous said...

Mohon sesi ini supaya mendapat perhatian semua warga TM terutamanya rakan-rakan di kumpulan sokongan. kita mahu semua faham dan jelas dalam hal ini. setiap dari kita perlu berani untuk bertanya apa-apa soalan berkaitan perkara tersebut. semoga sesi ini membantu tuan/puan sekelian. sekian, terima kasih