Friday, December 9, 2011

Perpindahan Pusat Pengedaran Risalah Tourism Malaysia


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Datuk / Dato’/ Datin/ Tuan / Puan/ Cik yang dihormati sekalian,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

Untuk makluman, Pusat Pengedaran Risalah Tourism Malaysia akan berpindah ke lokasi baru di Bandar Baru Bangi yang akan bermula pada 12 Disember 2011 dan dijangka dapat beroperasi semula pada 3 Januari 2012. Sehubungan dengan itu, segala urusan berkaitan dengan pengambilan risalah, kollateral , cenderamata dsb bolehlah dilakukan sebelum atau selepas tarikh tersebut. Peta ke lokasi baru seperti dilampiran.

Alamat baru Pusat Pengedaran ialah :-

Pusat Pengedaran Risalah Tourism Malaysia

No. 9, Jalan P/15, Kawasan Miel Fasa 4,

Seksyen 10, 43680, Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi (kaunter pengeluaran):-

Isnin – Khamis

08:00am – 12:30pm

02:00pm – 04:30pm

Jumaat

08:00am – 12:00pm

02:45pm – 04:30pm

Sabtu dan Ahad, Tutup.

Memandangkan talian telefon dan faks masih didalam proses untuk mendapatkan talian yang baru, sebarang urusan yang memerlukan tindakan segera bolehlah menghubungi terus pegawai/kakitangan dibawah :-

· En.Asmaul Abu Bakar – 012 287 7076

· Pn.Nildayana Mohd Rani – 019 616 6650

· En.Mohamad Shahari (Bob) – 012 906 1369

Terima kasih dan Salam hormat.

1 comment:

Anonymous said...

tempat baru, semangat pon kena baru ... insyallah, ada kesempatan Kesatuan akan melawat kawan=kawan di sana.