Wednesday, December 28, 2011

Markah statik ditetap 65 peratus

PUTRAJAYA: Markah statik bagi menentukan pergerakan gaji tahunan penjawat awam diturunkan daripada 75 peratus ke 65 peratus, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman.

Katanya, ini dipersetujui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketika taklimat lebih lima jam dengan ahli majlis kongres Cuepacs dan tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di bawah JPA iaitu Majlis Badan Profesional, Majlis Badan Kebangsaan Standard Teknologi serta Majlis Badan Kebangsaan Am membabitkan penyertaan 155 wakil jabatan di sini, semalam.


Omar berkata, mengikut cadangan awal di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), penjawat awam menikmati kenaikan gaji jika mendapat markah 75 peratus ke atas.

“Bagaimanapun, ramai penjawat awam berpendapat peratusan itu tinggi dan selepas berbincang dengan JPA tadi (semalam) mereka bersetuju menurunkan peratusan markah prestasi kepada 65 peratus,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat dengan pegawai JPA di sini, semalam.

No comments: